APA ITU Hard Disk ?

Image result for hard disk GAMING


PENGERTIAN HARD DISK 

Hardisk adalah salah satu komponen perangkat keras (hardware) penyokong komputer atau laptop yang menyediakan ruang untuk menyimpan data atau output dari proses data yang dilakukan oleh komputer dan manusia.

Hardisk biasanya berbentuk kotak dan didalamnya terdapat piringan tempat data-data tersimpan. Hardisk bersifat menyimpan data walaupun komputer atau laptop anda terpadam, data-data yang ada dalam hardisk akan tetap ada kecuali anda menghapuskannya secara manual atau hardisk terkena virus. 

FUNGSI HARD DISK

Fungsi Hardisk adalah untuk menyimpan data secara tetap ke dalam sektor-sektor yang terdapat pada disk yang telah tersedia di dalamnya untuk di baca dan menulis, lain hal nya dengan RAM yang fungsinya hanya untuk menyimpan data secara sementara.

Oleh kerana itu, peranan hardisk sangatlah vital kerana apa gunanya komputer jika tidak boleh menyimpan data yang telah diproses. 

Sebelum boleh digunakan, hardisk haruslah terlebih dahulu di bahagi sesuai dengan format sistem operasi yang digunakan, contoh dalam windows format bahagian pada hardisk biasanya jenis NTFS.

Mengapa format penting untuk dilakukan? Kerana supaya sistem operasi boleh mengenali dan menggunakan hadisk sesuai dengan format operasi tersebut.