MAKLUMAT KOMPUTER

Perkakasan Komputer

Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai peranti (device).

Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software) menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer. Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).

Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer (kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).

PERANTI INPUT

Peranti input (peranti masukan) ialah mana-mana perkakasan komputer persisian yang memberikan data dan isyarat arahan kepada sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer).

Antara contoh-contoh peranti input ialah:-

Bijoy_Keyboard_image

KEYBOARD

images

MOUSE

Computer-Microphone-K600-

MICROPHONE

images (1)

WEBCAM

pcpad

JOYPAD

PERANTI OUTPUT

Peranti output ialah mana-mana kelengkapan perkakasan komputer yang digunakan untuk menyampaikan hasil pemprosesan data yang dilakukan oleh sistem pemprosesan maklumat (seperti komputer) kepada dunia luar, manakala input/output (I/O) merujuk kepada komunikasi tersebut. Sebaliknya, output ialah syarat atau data yang dihantar oleh sistem ke luar, berbeza dengan input yang merupakan isyarat atau data yang dihantar kepada sistem.

Peranti output yang paling biasa digunakan ialah monitorpencetak dan pembesar suara.

Contoh peranti output:-

1301309539_181831343_1-Pictures-of--Printer-MP258-with-modify-ciss-ink

PENCETAK

images

SPEAKER

Monitor

MONITOR

projector1

PROJEKTOR LCD

PAPAN INDUK

Papan induk, juga dikenali sebagai papan utama (mainboard MoBo) atau papan sistem (systemboard), merupakan pusat atau papan litar bercetak (printed circuit board) utama yang terdiri daripada sistem eletronik rumit, seperti komputer.

Komputer biasa dibina dengan mikropemprosesingatan komputer utama, dan komponen asas lain pada papan induk. Komponen lain komputer seperti ruang simpan luaran (external storage), litar pengawal bagi paparan video dan bunyi, dan perkakasan persisian (peripheral device) biasanya dilekatkan pada papan induk melalui kabel atau penyambung.

motherboard2

Contoh papan induk:-

CPU

UNIT PEMPROSESAN PUSAT (CPU)

slot
jadual

SLOT DAN PAPAN PENGEMBANGAN (SLOT AND EXPANSION CARDS)

ports02

PORT DAN CONNECTORS PADA PAPAN INDUK

ram