PELAJAR

Permohonan Online Kemasukan Murid Ke Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC Ambilan Jan 2019

  1. Murid Lepasan Tingkatan Tiga (3) Tahun 2018 dipelawa untuk mengikuti Program Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, GIATMARA & WISDEC Ambilan Januari 2019
  2. Berikut merupakan program yang ditawarkan iaitu:
    1. Program Kolej Vokasional
    2. Aliran Teknikal
    3. Program Kemahiran di KV / GIATMARA / Wood Industry Skill Development Center (WISDEC)
  3. Permohonan secara online dibuka mulai 15 Oktober hingga 20 Disember 2018.
  4. Untuk maklumat lanjut berkaitan program, sila layari http: //www.moe.gov.my. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional

Kementerian Pendidikan Malaysia

Aras 6, Blok E14, Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya

(u.p.: Unit Pengambilan & Pertukaran Murid di talian  03-88845154 / 5088 / 5067 / 5089 / 5094)

TARIKH PENTING : KEMASUKAN MURID BAGI PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH TEKNIK, GIATMARA & WISDEC AMBILAN JANUARI 2019

TARIKH PENTINGPERKARA
15 Oktober hingga
20 Disember 2018           
Permohonan online dibuka
https://sptv.moe.gov.my/
4 Januari hingga
17 Januari 2019
Sesi temubual & pemilihan
18 Januari hingga
22 Januari 2019
Bagi murid Aliran Perdana,
semakan tawaran bagi pemohon 
online di laman sesawang KPM   · 
Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru
SMK PAV oleh KV yang terlibat.
23 Januari 2019 Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 (Aliran Perdana)
24 Januari hingga
28 Februari 2019
Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2018 ke mana-mana KV/SMT/GIATMARA/WISDEC
12 Februari 2019Pendaftaran Murid Tingkatan 3
Lepasan PAV 2018 (Aliran PAV)
13 Februari hingga
28 Februari 2019
Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2018 ke GIATMARA / WISDEC

*Walk-in / rayuan bergantung kepada kekosongan tempat & syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid